Thursday 5 March 2015

Teknik Pengajaran Yang Unik Boleh digunakan dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


    Terdapat banyak teknik yang dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah antaranya menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai digunakan. Guru perlu sentiasa mempelbagaikan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran kerana tahap kefahaman dan minat setiap murid berbeza-beza. 
Jenis bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis

    Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik
    Bahan Bantu Mengajar Elektronik
    Bahan-bahan bercorak pengalaman 

1) Papan tulis atau papan hitam

    Papan tulis atau papan hitam merupakan bahan asas dalam pengajaran dan digunakan untuk mencatat isi-isi pengajaran ketika mengajar. Guru-guru juga boleh memberi peluang kepada murid-murid mengajar dan menonjolkan diridalam kalangan rakan-rakan mereka untuk menjadikan mereka lebih bersemangat untuk belajar. Kanak-kanak gemar untuk bersaing antara satu sama lain untuk mendapat perhatian

2) Fail tegak dan bahan bacaan

    Terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku contohnya seperti majalah, kalender, surat khabar risalah atau buletin, poster carta atau peta. Ia disimpan sebagai koleksi fail dalam kabinet fail dan dapat mempelbagaikan bahan-bahan bacaan dan punca rujukan dalam pusat sumber sekolah atau bilik darjah. Murid-murid boleh menggunakan bahan tersebut bersama-sama guru di dalam bilik darjah.

3) Gambar

    Guru-guru juga boleh menjadikan gambar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas untuk memulakan pengajaran sekaligus menarik minat murid ataupun jika bahan sebenar sukar di bawa dalam bilik darjah.

4) Kad imbasan atau kad carta

    Teknik pengajaran menggunakan kad imbasan juga salah satu cara menarik minat murid belajar dengan lebih baik dan seronok ini kerana kad imbasan mempunyai daya penarik yang tersendiri terhadap murid-murid. Warna kad imbasan yang berwarna-warni membuatkan murid tertarik dengannya dan kad imbasan juga boleh membantu mereka menghafal sesuatu pelajaran tersebut.

Friday 23 January 2015

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Creative Commans License???

                       



      Creative commans ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang bermatlamat meluaskan penerbitan jenis karya yang boleh digunakan semula dan di kongsi oleh orang lain. Pertubuhan ini telah menghasilkan beberapa lesen hak cipta yang di kenali sebagai lesen-lesen ceative commans. Lesen-lesen ini membolehkan si penberi lesen membenarkan karyanya di salin dan diedarkan semula kepada orang lain, namun sebahagian daripada hak-haknya dipelihara. Lesen-lesen creative commans boleh digunakan pada pelbagai jenis karya, khususnya karya yang berbentuk seni,karya sastera dan muzik.

                                                                                                                                                                 


      Lesen-lesen hak cipta creative commans dan peralatan yang membentuk keseimbangan "Hak Cipta Terpelihara" tradisional menetapkan bahawa undang-undang hak cipta yang diwujudkan. Kesemua lesen-lesen creative mempunyai banyak ciri-ciri penting yang sama. Sesebuah lesen creative commans menjawab beberapa soalan mudah dalam memilih sesebuah lesen. Pertama, adakah mahu menggunakan penggunaan komersial atau tidak? kedua, adakah mahu membenarkan penerbitan karya atau tidak?
Creative commans membolehkan pengguna membangun dan memaksimakan kreativiti digital dan berkongsi dengan yang lain dan menggalakkan inovasi antara satu sama lain. 





Video diatas di ambil daripada youtube yang menerangkan dengan lebih lanjut lagi tentang creative commans yang membolehkan kita memahami dengan lebih mendalam tentang creative commans license.


Bagaimana creative commans license membantu kita dalam penyampaian maklumat

     Dengan menggunakan creative commans license pada hasil karya anda, ia memberikan fleksibiliti untuk pengguna lain dalam berkongsi karya anda bersama yang lain di samping pada masa yang sama mengekalkan apa yang ditetapkan oleh anda dan sekaligus membantu dalam beberapa bidang terutamanya dalam bidang pendidikan, di samping membolehkan hasil karya anda di capai oleh lebih ramai pengguna seluruh dunia.

      Di samping itu, apabila anda ingin membangunkan sesuatu kandungan sebagai contoh sekiranya ingin hadir dengan sebuah video, anda boleh menggunakan lagu latar atau grafik yang dilesenkan oleh pengguna lain, dan melalui kedua-dua pihak mendapat keuntungan. Sebagai contoh, video anda akan mendapat video latar yang menarik manakala pemilik lagu asal mendapat lebih capaian dengan lagu hasil mereka didengari lebih ramai orang seluruh dunia.






      









Thursday 22 January 2015

Masalah Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan pembelajaran



     Penggunaan ICT atau teknologi maklumat menjadi suatu perkara pentingdalam kehidupan kita pada masa kini. Penggunaan teknologi maklumat mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar untuk mendapatkan maklumat dengan lebih berkesan. Terdapat banyak kelebihan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran namun begitu penggunaan ICT juga memberi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai kekangan yang timbulakibat daripada kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusan antaranya ialah:

1) Penerimaan guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat.

    Penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu kaedah terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara. Namun begitu terdapat segelintir guru tidak mahu mengikuti serta megubah kaedah pengajaran mereka. Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisiaonal sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

2) Kemudahan teknologi yang berkaitan tidak mencukupi.

    Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar. Perkara ini sangat penting untuk memudahkan guru-guru dan para pelajar menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Salah satu punca permasalahan ini tidak dapat dilaksnakan adalah kerana sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap.

3) Tahap kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat.

    Kemahiran seseorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting dalam teknologi maklumat. Terdapat beberapa kekangan yang perlu diambil berat iaitu kekurangan guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Guru-guru yang telah lama mengajar khususnya kurang berpengalaman dengan penggunan ICT. Oleh itu, guru tidak mahir membuat perancangan pengajaran menggunakan ICT. Hal ini menyebabakan proses penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna dan akan membantut perkebangan bahan teknologi maklumat.


Rujukan

http://norafiszaa.blogspot.com/

Dewan bahasa dan pustaka Malaysia 2002

Pendidikan Kuala Lumpur siri pendidikan longman


Thursday 8 January 2015

Kelebihan penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran



      Perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi  (ICT) telah memberikan banyak kesan positif kepada pelbagai bidang termasuklah dunia pendidikan. Setiap pendidik perlu menggunakan alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk peralatan mahupun perisian yang membantu merangsang dan meningkatkan minat murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Latihan aplikasi dan integrasi teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT adalah antara usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan sekolah menengah.

      Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid yang mengikuti program pemulihan khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu memberikan rangsangan pembelajaran kepada murid malah dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka. Penggunaan ICT bukan sahaja kepada murid yang bijak sahaja tetapi ia juga memberi peluang kepada murid-murid yang lemah. Teknologi maklumat dan komunikasi digunakan untuk membantu murid-murid untuk meningkatkan pencapaian akademik dan memajukan diri.

      Terdapat banyak kelebihan yang dapat kita perolehi melalui pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada kepada guru ataupun murid-murid. Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti, pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kewujudan teknologi telah meninggalkan impak yang kuat dan mampu memberikan banyak manfaat kepada semua.

       Penggunaan teknologi dan komunikasi dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran mengikut penyelidikan yang telah dilakukan oleh pakar-pakar pandang dengar. Konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperoleh oleh manusia adalah 75% melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar 6% deria sentuh, 3% deria rasa dan 3% deria bau. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa pancaindera pandang dan dengarpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui bahan bantu mengajar berasaskan ICT.

      Melalui ICT juga dapat meningkatkan motivasi dan minat murid terhadap pembelajaran. Pada kebiasaannya murid yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar, apatah lagi jika pendekatan yang digunakan berbentuk permainan pendidikan. Ini menunjukkan menerusi pendekatan permainan pendidikan murid akan lebih tertarik untuk mengikuti sesebuah pembelajaran.  

      Selain itu, melalui ICT juga boleh memberi pengalaman sebenar yang dapat merangsang aktiviti sendiri di kalangan murid dan membina pemikiran yang berterusan. Hal ini dapat dilahirkan menerusi aktiviti yang mencabar dalam pengajaran dan pembelajaran contohnya murid-murid belajar kemahiran melalui komputer kerana mereka mahukan perkara baru yang boleh membuatkan mereka memperoleh pengalaman dan menjadi lebih seronok.

      Kesimpulannya, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting pada masa kini kepada semua orang. Kemajuan dan perkembangan yang semakin berkembang dalam bidang teknologi maklumat perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu pengetahuan dalam mentadbir negara pada masa akan datang. Oleh itu, pendidikan berasas ICT perlu dilaksanakan pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak lagi kerana ia akan menarik minat untuk belajar. 

  

Rujukan 

Wan Noraini binti wan Daud (2005,kemahiran komputer guru-guru sains dan matematik)

Kementerian pelajaran Malaysia 1999

Rosseni Din (2002, kemahiran komputer guru sains dan matematik UKM)

Saturday 27 December 2014

jom kita cuba..hehehe..




Assalamualaikum..
kali ni dr.Norah memberi tugasan supaya memasukkan sebarang
video tentang satu pelajaran dalam blog..hehehe..jom kita cuba buat cupcake
sendiri..tak adelah nak beli kat kedai je kan..kadang-kadang tu nak merasa jugak 
air tangan sendiri..hihihi...mana la tahu kan tengah bosan-bosan sambil nak isi 
masa lapang time-time cuti ni..selamat mencube semua..haha..belum cuba belum tahu kan..





Cara-cara membuat cupcake..nyumnyum..

Sunday 21 December 2014

Ulasan Peranan ICT Dalam Penyebaran Dakwah


Peranan ICT dalam penyebaran dakwah Islamiah Dalam Era Globalisasi

PM DR. SYED MUHAMMAD DAWILAH AL IDRUS
UST MOHD LUTFI SOLEHAN


     Di zaman teknologi yang semakin berkembang pada masa kini, ICT sentiasa digunakan untuk berdakwah. Malaysia tidak ketinggalan dalam penggunaan media untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Melalui dakwah ia boleh mengajak manusia melakukan amar maaruf nahi mungkar. 

     Dakwah merupakan usaha dalam menyampaikan, mengajak atau menyeru manusia kepada mengenali Islam,menerima dan menghayatinya yang dilaksanakan menerusi kaedah, cara dan pendekatan yang berbeza. Dakwah merangkumi risalah dan ajaran Islam yang mencakupi segala aspek iaitu aqidah,akhlak,muamalah dan syariah. Ia merupakan kegiatan yang dijalankan oleh segolongan manusia ke arah mentaati Allah di samping mencegah melakukan kemungkaran.

     Hukum dakwah terbahagi kepada dua iaitu fardu ain dan juga fardu kifayah tetapi kebanyakkan ulamak menyatakan berdakwah adalah wajib bagi setiap individu. Mesej dakwah boleh disebarkan sama ada kepada orang bukan Islam yang bertujuan untuk mengajak mereka untuk menyertai Islam, dan juga orang Islam sendiri, iaitu bagi menguatkan kefahaman mereka terhadap agama. Manakala media pula boleh didefinasikan sebagai penggunaan Internet untuk menyampaikan maklumat dengan lebih cepat dan berkesan.

     Terdapat empat perkara yang perlu ada dalam dakwah iaitu topik utama dakwah, para pendakwah, penerima dakwah dan pendekatan dalam berdakwah.

     Usaha dakwah melalui internet perlu diberi keutamaan berbanding pengguna media trdisional. Penyampaian mesej dakwah melalui ICT mampu memberi impak yang positif terhadap masyarakat. Antaranya ialah tugas dakwah akan menjadi mudah, cepat dan berkesan. Urusan dakwah juga dapat dijalankan dengan efektif dan efisien. Kemajuan multimedia juga meningkatkan kualiti dakwah yang disampaikan. Selain itu, dakwah menerusi ICT dapat  mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat Islam.

     Disebalik kesan positif dalam penggunaan ICT dalam dakwah ia juga memberi kesan negatif kepada kita semua. Antaranya pengaruh budaya asing kepada masyarakat, juga akan menjejaskan kesihatan, kesahihan maklumat sama ada ia betol atau tidak, penyebaran fitnah dan gosep tanpa kita sedari dan juga permasalahan remaja yang semakin hari semakin meningkat. 

     Pada pendapat saya, ICT dalam penyebaran dakwah adalah sangat penting pada masa kini kerana ia berperanan besar bukan sahaja untuk mengajak masyarakat bukan Islam untuk menerima mesej Islam malah juga membantu orang Islam untuk memahami ajaran Islam dengan lebih mendalam. Seorang pendakwah haruslah kreatif dalam berdakwah dan menggunakan ICT dalam dakwah dengan cara yang betul.

     


Saturday 20 December 2014

Ulasan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web


Pengajaran Dan Pembelajaran berasaskan Web

Rahimi Bin Md.Saad
Zawawi Bin Ismail
Wan Nordin Bin Wan Abdullah

Penguasaan Bahasa Arab merupakan asas pemahaman dan penghayatan al-Quran. Ianya amat penting kerana ia merupakan salah satu cara untuk memartabatkan diri seseorang dan umahnya. Penggunaan bahasa Arab juga dapat meningkatkan pencapaian dalam pendidikan agama Islam. Oleh itu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia  telah memperkenalkan mata pelajaran bahasa Arab untuk sekolah rendah.

    Namun begitu,perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi telah melahirkan satu cabaran baru dalam dunia pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Usaha-usaha patut dijalankan agar ia turut memanfaatkan revolusi teknologi yang semakin berkembang.

    Antara teori  pembelajaran melalui web ialah teori Dick dan Carey. Menurut teori ini, proses pengajaran bermula daripada pengetahuan subjek diikuti oleh struktur pelajar, penaksiran dan kemudian maklum balas penilaian. Bruner telah memperkenalkan empat modul pedagoginya iaitu kanak-kanak adalah pelajar yang suka mencontohi, belajar melalui pendedahan didaktik juga sebagai pemikir dan berpengetahuan. Keempat-empat teori ini bersesuaian dengan penggunaan ICT sebagai bahan pembelajaran mereka. 

    Objektif pembelajaran bahasa Arab melalui web antaranya:
    ~Mencapai keberkesanan yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
    ~Pembelajaran yang maksima dalam jangka waktu yang singkat dan kos yang ninima.
    ~Kesejagatan sumber pengajaran dan pembelajaran.
    ~Mengurangkan bebanan dan menjimatkan masa guru dalam persediaan bahan bantu mengajar.
    ~Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.

    Kesimpulannya, diatas kesedaran betapa pentingnya ICT, kita perlu mengintegrasikan penggunaan ICT dalam bahasa Arab. Oleh itu,semua pihak perlu bekerjasama untuk membina sistem E-pembelajaran yang menyeluruh dan meningkatkan kemudahan peralatan multimedia.

    Pelaksanaan program ini diharapkan dapat meningkatkan proses pembelajaran bahasa Arab serta menjadikan laman web sebagai tempat membuat rujukan serta penyalur maklumat pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab yang boleh dikongsi bersama. Kompetensi penggunaan e-Pembelajaran di kalangan tenaga pengajar bahasa Arab di Malaysia juga perlu ditingkatkan. Kita semua perlu bekerjasama dalam merealisasikan harapan ini semoga ianya bermanfaat kepada semua orang.