Thursday 5 March 2015

Teknik Pengajaran Yang Unik Boleh digunakan dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


    Terdapat banyak teknik yang dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah antaranya menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai digunakan. Guru perlu sentiasa mempelbagaikan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran kerana tahap kefahaman dan minat setiap murid berbeza-beza. 
Jenis bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis

    Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik
    Bahan Bantu Mengajar Elektronik
    Bahan-bahan bercorak pengalaman 

1) Papan tulis atau papan hitam

    Papan tulis atau papan hitam merupakan bahan asas dalam pengajaran dan digunakan untuk mencatat isi-isi pengajaran ketika mengajar. Guru-guru juga boleh memberi peluang kepada murid-murid mengajar dan menonjolkan diridalam kalangan rakan-rakan mereka untuk menjadikan mereka lebih bersemangat untuk belajar. Kanak-kanak gemar untuk bersaing antara satu sama lain untuk mendapat perhatian

2) Fail tegak dan bahan bacaan

    Terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku contohnya seperti majalah, kalender, surat khabar risalah atau buletin, poster carta atau peta. Ia disimpan sebagai koleksi fail dalam kabinet fail dan dapat mempelbagaikan bahan-bahan bacaan dan punca rujukan dalam pusat sumber sekolah atau bilik darjah. Murid-murid boleh menggunakan bahan tersebut bersama-sama guru di dalam bilik darjah.

3) Gambar

    Guru-guru juga boleh menjadikan gambar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas untuk memulakan pengajaran sekaligus menarik minat murid ataupun jika bahan sebenar sukar di bawa dalam bilik darjah.

4) Kad imbasan atau kad carta

    Teknik pengajaran menggunakan kad imbasan juga salah satu cara menarik minat murid belajar dengan lebih baik dan seronok ini kerana kad imbasan mempunyai daya penarik yang tersendiri terhadap murid-murid. Warna kad imbasan yang berwarna-warni membuatkan murid tertarik dengannya dan kad imbasan juga boleh membantu mereka menghafal sesuatu pelajaran tersebut.

No comments:

Post a Comment