Sunday, 21 December 2014
Ulasan Peranan ICT Dalam Penyebaran Dakwah
Peranan ICT dalam penyebaran dakwah Islamiah Dalam Era Globalisasi
PM DR. SYED MUHAMMAD DAWILAH AL IDRUS
UST MOHD LUTFI SOLEHAN
Di zaman teknologi yang semakin berkembang pada masa kini, ICT sentiasa digunakan untuk berdakwah. Malaysia tidak ketinggalan dalam penggunaan media untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Melalui dakwah ia boleh mengajak manusia melakukan amar maaruf nahi mungkar.
Dakwah merupakan usaha dalam menyampaikan, mengajak atau menyeru manusia kepada mengenali Islam,menerima dan menghayatinya yang dilaksanakan menerusi kaedah, cara dan pendekatan yang berbeza. Dakwah merangkumi risalah dan ajaran Islam yang mencakupi segala aspek iaitu aqidah,akhlak,muamalah dan syariah. Ia merupakan kegiatan yang dijalankan oleh segolongan manusia ke arah mentaati Allah di samping mencegah melakukan kemungkaran.
Hukum dakwah terbahagi kepada dua iaitu fardu ain dan juga fardu kifayah tetapi kebanyakkan ulamak menyatakan berdakwah adalah wajib bagi setiap individu. Mesej dakwah boleh disebarkan sama ada kepada orang bukan Islam yang bertujuan untuk mengajak mereka untuk menyertai Islam, dan juga orang Islam sendiri, iaitu bagi menguatkan kefahaman mereka terhadap agama. Manakala media pula boleh didefinasikan sebagai penggunaan Internet untuk menyampaikan maklumat dengan lebih cepat dan berkesan.
Terdapat empat perkara yang perlu ada dalam dakwah iaitu topik utama dakwah, para pendakwah, penerima dakwah dan pendekatan dalam berdakwah.
Usaha dakwah melalui internet perlu diberi keutamaan berbanding pengguna media trdisional. Penyampaian mesej dakwah melalui ICT mampu memberi impak yang positif terhadap masyarakat. Antaranya ialah tugas dakwah akan menjadi mudah, cepat dan berkesan. Urusan dakwah juga dapat dijalankan dengan efektif dan efisien. Kemajuan multimedia juga meningkatkan kualiti dakwah yang disampaikan. Selain itu, dakwah menerusi ICT dapat mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat Islam.
Disebalik kesan positif dalam penggunaan ICT dalam dakwah ia juga memberi kesan negatif kepada kita semua. Antaranya pengaruh budaya asing kepada masyarakat, juga akan menjejaskan kesihatan, kesahihan maklumat sama ada ia betol atau tidak, penyebaran fitnah dan gosep tanpa kita sedari dan juga permasalahan remaja yang semakin hari semakin meningkat.
Pada pendapat saya, ICT dalam penyebaran dakwah adalah sangat penting pada masa kini kerana ia berperanan besar bukan sahaja untuk mengajak masyarakat bukan Islam untuk menerima mesej Islam malah juga membantu orang Islam untuk memahami ajaran Islam dengan lebih mendalam. Seorang pendakwah haruslah kreatif dalam berdakwah dan menggunakan ICT dalam dakwah dengan cara yang betul.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment