Saturday, 20 December 2014

Ulasan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web


Pengajaran Dan Pembelajaran berasaskan Web

Rahimi Bin Md.Saad
Zawawi Bin Ismail
Wan Nordin Bin Wan Abdullah

Penguasaan Bahasa Arab merupakan asas pemahaman dan penghayatan al-Quran. Ianya amat penting kerana ia merupakan salah satu cara untuk memartabatkan diri seseorang dan umahnya. Penggunaan bahasa Arab juga dapat meningkatkan pencapaian dalam pendidikan agama Islam. Oleh itu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia  telah memperkenalkan mata pelajaran bahasa Arab untuk sekolah rendah.

    Namun begitu,perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi telah melahirkan satu cabaran baru dalam dunia pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Usaha-usaha patut dijalankan agar ia turut memanfaatkan revolusi teknologi yang semakin berkembang.

    Antara teori  pembelajaran melalui web ialah teori Dick dan Carey. Menurut teori ini, proses pengajaran bermula daripada pengetahuan subjek diikuti oleh struktur pelajar, penaksiran dan kemudian maklum balas penilaian. Bruner telah memperkenalkan empat modul pedagoginya iaitu kanak-kanak adalah pelajar yang suka mencontohi, belajar melalui pendedahan didaktik juga sebagai pemikir dan berpengetahuan. Keempat-empat teori ini bersesuaian dengan penggunaan ICT sebagai bahan pembelajaran mereka. 

    Objektif pembelajaran bahasa Arab melalui web antaranya:
    ~Mencapai keberkesanan yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
    ~Pembelajaran yang maksima dalam jangka waktu yang singkat dan kos yang ninima.
    ~Kesejagatan sumber pengajaran dan pembelajaran.
    ~Mengurangkan bebanan dan menjimatkan masa guru dalam persediaan bahan bantu mengajar.
    ~Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.

    Kesimpulannya, diatas kesedaran betapa pentingnya ICT, kita perlu mengintegrasikan penggunaan ICT dalam bahasa Arab. Oleh itu,semua pihak perlu bekerjasama untuk membina sistem E-pembelajaran yang menyeluruh dan meningkatkan kemudahan peralatan multimedia.

    Pelaksanaan program ini diharapkan dapat meningkatkan proses pembelajaran bahasa Arab serta menjadikan laman web sebagai tempat membuat rujukan serta penyalur maklumat pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab yang boleh dikongsi bersama. Kompetensi penggunaan e-Pembelajaran di kalangan tenaga pengajar bahasa Arab di Malaysia juga perlu ditingkatkan. Kita semua perlu bekerjasama dalam merealisasikan harapan ini semoga ianya bermanfaat kepada semua orang.
    
    

    

    

No comments:

Post a Comment