Penggunaan ICT atau teknologi maklumat menjadi suatu perkara pentingdalam kehidupan kita pada masa kini. Penggunaan teknologi maklumat mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar untuk mendapatkan maklumat dengan lebih berkesan. Terdapat banyak kelebihan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran namun begitu penggunaan ICT juga memberi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai kekangan yang timbulakibat daripada kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusan antaranya ialah:
1) Penerimaan guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat.
Penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu kaedah terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara. Namun begitu terdapat segelintir guru tidak mahu mengikuti serta megubah kaedah pengajaran mereka. Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisiaonal sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
2) Kemudahan teknologi yang berkaitan tidak mencukupi.
Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar. Perkara ini sangat penting untuk memudahkan guru-guru dan para pelajar menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Salah satu punca permasalahan ini tidak dapat dilaksnakan adalah kerana sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap.
3) Tahap kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat.
Kemahiran seseorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting dalam teknologi maklumat. Terdapat beberapa kekangan yang perlu diambil berat iaitu kekurangan guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Guru-guru yang telah lama mengajar khususnya kurang berpengalaman dengan penggunan ICT. Oleh itu, guru tidak mahir membuat perancangan pengajaran menggunakan ICT. Hal ini menyebabakan proses penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna dan akan membantut perkebangan bahan teknologi maklumat.
Rujukan
http://norafiszaa.blogspot.com/
Dewan bahasa dan pustaka Malaysia 2002
Pendidikan Kuala Lumpur siri pendidikan longman
No comments:
Post a Comment