Tuesday, 16 December 2014

Merangsang MOTIVASI dalam DIRI

                                         




Ada kalanya ketika bangun pagi,kita akan berasa kurang bersemangatuntuk memulakan hari tersebut.
Mungkin kerana sesuatu yang telah berlaku semalam ataupun sesuatu yang akan kita hadapi hari ini.
Keadaan ini tidak baik untuk hari baru kerana ia akan menyebabkan tindakan yang kita lakukan terjejas.
Lanta anda berfikir, apakah yang boleh saya lakukan untuk mengatasi situasi ini?

    Mari kita berkongsi beberapa tip ringkas untuk meningkatkan motivasi diri dikala
gundah dan kurang bertenaga:


1-Kata-kata perangsang diri setiap hari

    Kita boleh membeli buku khas berkaitan kata-kata perangsang kendiri atau apa-apa saja
untuk memberi keyakinankepada diri setiap hari. Puji dan sanjung diri sendiri.jangan asik memandang
rendah dan memperlekeh sahaja. Contohnya, kita menyebut kepada diri sendiri:
"Saya berasa sungguh hebat dan yakin!","sememangnya seorang yang mengagumkan!"
atau "tidak kira apa orang kata,sya seseorang yang berdedikasi,berdisiplin dan kuat bekerja."

2-Membaca Al-quran beserta maksudnya

   Al-Quran sarat dengan kata-kata perangsang dan inspirasi. Dengan membaca al-Quran dan
menghayati maksudnya, kita seseolah sedang "berbicara"dengan Allah, dan pastinya Allah tidak
akan pernah menzalimi kita. Apabila menghayati bacaan al-Quran, hati kita akan "memproses"
kalimah terbaik yang wujud di dunia. Minda dengan perkataan terbaik pasti akan memberikan emosi
dan pemikiran yang baik.

3-Memberi ganjaran kepada diri sendiri

   Setiap kali kita berjaya melakukan perkara yang diingini, berilah ganjaran. Tidak kira mahal atau
murah, yang penting ia dapat mengganjari kejayaan kita. Contohnya,setiap kali kita mendapat kenaikan
pangkat,belanjalah diri sendiridi sebuah restoran uang menjadi kegemaran kita. Ini bukti kita
menghargai kejayaan sendiri.

4-Sempurnakan tugasan

    Jika dibiarkan sesuatu urusan terbengkalai, ia amat "menyeksa" keyakinan diri sendiri. Ini bukan
bermakna kita tidak boleh menangguhkan kerja, tetapi jangan sampai berasa malu untuk memikirkan
perjuangan yang tidak selesai itu. Biarpun sesukar mana caranya, carilah jalan untuk menyempurnakannya.

5-Dapatkan pendapat dan komen daripada orang lain

    Untuk keyakinan diri, mintalah daripada orang yang tidak banyak karenah dan mudah menghargai
usaha orang lain. Ini akan dapat meningkatkan rasa diri dan keyakinan. Namun, jika ingin mendapatkan
kritikan dan komen negatif, bertanyalah kepada mereka yangcerewet dan kritikal untuk pendapat
mereka.

6-Sentiasa mengambil peluang untuk meningkatkan diri sendiri

   Jika kursus,seminar,bengkel,ceramah dan sebagainya diadakan, cubalah ambil peluang untuk
menyertainya. Ini akan meningkatkan rasa diri dan keyakinan terutamanya apabila kita dapat mempelajari
sesuatu kemahiran barudan menyiapkan tugasan dengan kemahiran tersebut. Ia cukup memuaskan
jiwa kita!

7-Senaraikan objektif kejayaan yang ingin diraih

    Tanya kepada diri tentang tujuan sesuatu kejayaan itu ingin diraih. Kenapa kita melakukan perkara
tersebut?kenapa kita bekerja bersungguh-sungguh?kenapa perlu melakukan kerja lebih masa?
kenapa ia penting utuk kehidupan saya? Tuliskan semua alasan tersebut dari aspek keluarga, rakan,
majikan atau diri kita sendiri. Kemudian bandingkan alasan kita dengan alasan orang lain.

8-Alasan peribadi kita adalah yang terbaik

    Walau seindah mana sekalipun alasan orang lain supaya kita bermotivasi, namun alasan kita sendiri
adalah yang terbaik. Orang lain membuat alasan tanpa benar-benar memahami diri kita. Kitalah
yang paling layak untuk memotivasikan diri sendiri, lebih-lebih lagi ketika melalui saat-saat sukar
dan genting.

9-Ramai orang sudah berjaya melakukannya

    Kata-kata ini adalah untuk membuang rasa takut dan bimbang dalam tugasan harian. Membuat
pembentangan projek bernilai RM30 juta bukanlah senang untuk eksekutif setahun jagung, tetapi
bukankah sudah ramai yang telah berjaya melakukanya? Jika mereka boleh mengapa tidak kita?

10-Jangan takut melakukan kesilapan

     Lakukan sesuatu untuk sentiasa mara ke hadapan. Bahkan Islam juga menyuruh manusia
meningkatkan hidup mereka. Namun demikian tugas sebagai khalifah di muka bumi jauh lebih tinggi
daripada itu. Oleh sebab itu, jangan takut untuk melakukan kesilapan kerana ia proses biasa untuk
meningkatkan keupayaan hidup. Tidak salah untuk melakukan kesilapan, tetapi adalah salah apabila
tidak belajar daripada kesilapan. Jangan ulangi kesilapan sama tetapi renunglah kesilapan tersebut
dengan hati yang bijaksana.

11-Jangan kedekut untuk membantu orang lain

     Bantulah rakan kita yang tidak mempunyai keyakinan diri. Ini secara tidak langsung akan membantu
diri kita memperteguh keyakinan dan semangat kerja.
   

No comments:

Post a Comment