Saturday, 27 December 2014

jom kita cuba..hehehe..




Assalamualaikum..
kali ni dr.Norah memberi tugasan supaya memasukkan sebarang
video tentang satu pelajaran dalam blog..hehehe..jom kita cuba buat cupcake
sendiri..tak adelah nak beli kat kedai je kan..kadang-kadang tu nak merasa jugak 
air tangan sendiri..hihihi...mana la tahu kan tengah bosan-bosan sambil nak isi 
masa lapang time-time cuti ni..selamat mencube semua..haha..belum cuba belum tahu kan..





Cara-cara membuat cupcake..nyumnyum..

Sunday, 21 December 2014

Ulasan Peranan ICT Dalam Penyebaran Dakwah


Peranan ICT dalam penyebaran dakwah Islamiah Dalam Era Globalisasi

PM DR. SYED MUHAMMAD DAWILAH AL IDRUS
UST MOHD LUTFI SOLEHAN


     Di zaman teknologi yang semakin berkembang pada masa kini, ICT sentiasa digunakan untuk berdakwah. Malaysia tidak ketinggalan dalam penggunaan media untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Melalui dakwah ia boleh mengajak manusia melakukan amar maaruf nahi mungkar. 

     Dakwah merupakan usaha dalam menyampaikan, mengajak atau menyeru manusia kepada mengenali Islam,menerima dan menghayatinya yang dilaksanakan menerusi kaedah, cara dan pendekatan yang berbeza. Dakwah merangkumi risalah dan ajaran Islam yang mencakupi segala aspek iaitu aqidah,akhlak,muamalah dan syariah. Ia merupakan kegiatan yang dijalankan oleh segolongan manusia ke arah mentaati Allah di samping mencegah melakukan kemungkaran.

     Hukum dakwah terbahagi kepada dua iaitu fardu ain dan juga fardu kifayah tetapi kebanyakkan ulamak menyatakan berdakwah adalah wajib bagi setiap individu. Mesej dakwah boleh disebarkan sama ada kepada orang bukan Islam yang bertujuan untuk mengajak mereka untuk menyertai Islam, dan juga orang Islam sendiri, iaitu bagi menguatkan kefahaman mereka terhadap agama. Manakala media pula boleh didefinasikan sebagai penggunaan Internet untuk menyampaikan maklumat dengan lebih cepat dan berkesan.

     Terdapat empat perkara yang perlu ada dalam dakwah iaitu topik utama dakwah, para pendakwah, penerima dakwah dan pendekatan dalam berdakwah.

     Usaha dakwah melalui internet perlu diberi keutamaan berbanding pengguna media trdisional. Penyampaian mesej dakwah melalui ICT mampu memberi impak yang positif terhadap masyarakat. Antaranya ialah tugas dakwah akan menjadi mudah, cepat dan berkesan. Urusan dakwah juga dapat dijalankan dengan efektif dan efisien. Kemajuan multimedia juga meningkatkan kualiti dakwah yang disampaikan. Selain itu, dakwah menerusi ICT dapat  mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat Islam.

     Disebalik kesan positif dalam penggunaan ICT dalam dakwah ia juga memberi kesan negatif kepada kita semua. Antaranya pengaruh budaya asing kepada masyarakat, juga akan menjejaskan kesihatan, kesahihan maklumat sama ada ia betol atau tidak, penyebaran fitnah dan gosep tanpa kita sedari dan juga permasalahan remaja yang semakin hari semakin meningkat. 

     Pada pendapat saya, ICT dalam penyebaran dakwah adalah sangat penting pada masa kini kerana ia berperanan besar bukan sahaja untuk mengajak masyarakat bukan Islam untuk menerima mesej Islam malah juga membantu orang Islam untuk memahami ajaran Islam dengan lebih mendalam. Seorang pendakwah haruslah kreatif dalam berdakwah dan menggunakan ICT dalam dakwah dengan cara yang betul.

     


Saturday, 20 December 2014

Ulasan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web


Pengajaran Dan Pembelajaran berasaskan Web

Rahimi Bin Md.Saad
Zawawi Bin Ismail
Wan Nordin Bin Wan Abdullah

Penguasaan Bahasa Arab merupakan asas pemahaman dan penghayatan al-Quran. Ianya amat penting kerana ia merupakan salah satu cara untuk memartabatkan diri seseorang dan umahnya. Penggunaan bahasa Arab juga dapat meningkatkan pencapaian dalam pendidikan agama Islam. Oleh itu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia  telah memperkenalkan mata pelajaran bahasa Arab untuk sekolah rendah.

    Namun begitu,perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi telah melahirkan satu cabaran baru dalam dunia pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Usaha-usaha patut dijalankan agar ia turut memanfaatkan revolusi teknologi yang semakin berkembang.

    Antara teori  pembelajaran melalui web ialah teori Dick dan Carey. Menurut teori ini, proses pengajaran bermula daripada pengetahuan subjek diikuti oleh struktur pelajar, penaksiran dan kemudian maklum balas penilaian. Bruner telah memperkenalkan empat modul pedagoginya iaitu kanak-kanak adalah pelajar yang suka mencontohi, belajar melalui pendedahan didaktik juga sebagai pemikir dan berpengetahuan. Keempat-empat teori ini bersesuaian dengan penggunaan ICT sebagai bahan pembelajaran mereka. 

    Objektif pembelajaran bahasa Arab melalui web antaranya:
    ~Mencapai keberkesanan yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
    ~Pembelajaran yang maksima dalam jangka waktu yang singkat dan kos yang ninima.
    ~Kesejagatan sumber pengajaran dan pembelajaran.
    ~Mengurangkan bebanan dan menjimatkan masa guru dalam persediaan bahan bantu mengajar.
    ~Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.

    Kesimpulannya, diatas kesedaran betapa pentingnya ICT, kita perlu mengintegrasikan penggunaan ICT dalam bahasa Arab. Oleh itu,semua pihak perlu bekerjasama untuk membina sistem E-pembelajaran yang menyeluruh dan meningkatkan kemudahan peralatan multimedia.

    Pelaksanaan program ini diharapkan dapat meningkatkan proses pembelajaran bahasa Arab serta menjadikan laman web sebagai tempat membuat rujukan serta penyalur maklumat pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab yang boleh dikongsi bersama. Kompetensi penggunaan e-Pembelajaran di kalangan tenaga pengajar bahasa Arab di Malaysia juga perlu ditingkatkan. Kita semua perlu bekerjasama dalam merealisasikan harapan ini semoga ianya bermanfaat kepada semua orang.
    
    

    

    

Wednesday, 17 December 2014

Teknologi Maklumat Dan Aplikasi

                       
                                                                                                                                                               
                                                                                                                                                                 
Teknologi maklumat atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ianya sangat meluas digunakan dalam apa jua keadaan. Penggunaan teknologi maklumat adalah untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi.

   Teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi lebih pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

    Terdapat tiga asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh dengan menggunakan komputer, ia boleh merekod bunyi imej dan sebagai pengesan gerakan. Kedua adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomuniasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat di gunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat.

    Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan,telekomunikasi dab sebagainya untuk memperoleh maklumat, menyimpan maklumat dan sebagainya. Antara fungsi-fungsi teknologi maklumat ialah:

1-Teknologi maklumat dan komunikasi dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan seterusnya dapat meningkatkan komunikasi dengan organisasinya.

2-Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkain pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi bukan bermakna pendidikan konvensional yang terdapat di negara kita perlu dihapuskan. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar mempelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi daripada teknologi maklumat.

3-Guru-guru juga boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD rom, cakera padat, video, komputer dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti email, pengkalan data, hamparan elektronik dan sebagainya.

4-Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian pada masa depan, pengguna tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk membeli belah, Di samping itu, mereka boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang membosankan. Halangan yang wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh.

kesimpulannya penggunaan teknologi maklumat sangat la penting dan amat diperlukan pada masa kini tidak kira dimana-mana sekalipun untuk memudahkan banyak urusan. Oleh itu wajarlah sekiranya semua orang perlu mengetahui dan menggunakan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian kerana negara kita Malaysia semakin maju dan berkembang seiring dengan negara-negara yang lain.


Tuesday, 16 December 2014

Merangsang MOTIVASI dalam DIRI

                                         




Ada kalanya ketika bangun pagi,kita akan berasa kurang bersemangatuntuk memulakan hari tersebut.
Mungkin kerana sesuatu yang telah berlaku semalam ataupun sesuatu yang akan kita hadapi hari ini.
Keadaan ini tidak baik untuk hari baru kerana ia akan menyebabkan tindakan yang kita lakukan terjejas.
Lanta anda berfikir, apakah yang boleh saya lakukan untuk mengatasi situasi ini?

    Mari kita berkongsi beberapa tip ringkas untuk meningkatkan motivasi diri dikala
gundah dan kurang bertenaga:


1-Kata-kata perangsang diri setiap hari

    Kita boleh membeli buku khas berkaitan kata-kata perangsang kendiri atau apa-apa saja
untuk memberi keyakinankepada diri setiap hari. Puji dan sanjung diri sendiri.jangan asik memandang
rendah dan memperlekeh sahaja. Contohnya, kita menyebut kepada diri sendiri:
"Saya berasa sungguh hebat dan yakin!","sememangnya seorang yang mengagumkan!"
atau "tidak kira apa orang kata,sya seseorang yang berdedikasi,berdisiplin dan kuat bekerja."

2-Membaca Al-quran beserta maksudnya

   Al-Quran sarat dengan kata-kata perangsang dan inspirasi. Dengan membaca al-Quran dan
menghayati maksudnya, kita seseolah sedang "berbicara"dengan Allah, dan pastinya Allah tidak
akan pernah menzalimi kita. Apabila menghayati bacaan al-Quran, hati kita akan "memproses"
kalimah terbaik yang wujud di dunia. Minda dengan perkataan terbaik pasti akan memberikan emosi
dan pemikiran yang baik.

3-Memberi ganjaran kepada diri sendiri

   Setiap kali kita berjaya melakukan perkara yang diingini, berilah ganjaran. Tidak kira mahal atau
murah, yang penting ia dapat mengganjari kejayaan kita. Contohnya,setiap kali kita mendapat kenaikan
pangkat,belanjalah diri sendiridi sebuah restoran uang menjadi kegemaran kita. Ini bukti kita
menghargai kejayaan sendiri.

4-Sempurnakan tugasan

    Jika dibiarkan sesuatu urusan terbengkalai, ia amat "menyeksa" keyakinan diri sendiri. Ini bukan
bermakna kita tidak boleh menangguhkan kerja, tetapi jangan sampai berasa malu untuk memikirkan
perjuangan yang tidak selesai itu. Biarpun sesukar mana caranya, carilah jalan untuk menyempurnakannya.

5-Dapatkan pendapat dan komen daripada orang lain

    Untuk keyakinan diri, mintalah daripada orang yang tidak banyak karenah dan mudah menghargai
usaha orang lain. Ini akan dapat meningkatkan rasa diri dan keyakinan. Namun, jika ingin mendapatkan
kritikan dan komen negatif, bertanyalah kepada mereka yangcerewet dan kritikal untuk pendapat
mereka.

6-Sentiasa mengambil peluang untuk meningkatkan diri sendiri

   Jika kursus,seminar,bengkel,ceramah dan sebagainya diadakan, cubalah ambil peluang untuk
menyertainya. Ini akan meningkatkan rasa diri dan keyakinan terutamanya apabila kita dapat mempelajari
sesuatu kemahiran barudan menyiapkan tugasan dengan kemahiran tersebut. Ia cukup memuaskan
jiwa kita!

7-Senaraikan objektif kejayaan yang ingin diraih

    Tanya kepada diri tentang tujuan sesuatu kejayaan itu ingin diraih. Kenapa kita melakukan perkara
tersebut?kenapa kita bekerja bersungguh-sungguh?kenapa perlu melakukan kerja lebih masa?
kenapa ia penting utuk kehidupan saya? Tuliskan semua alasan tersebut dari aspek keluarga, rakan,
majikan atau diri kita sendiri. Kemudian bandingkan alasan kita dengan alasan orang lain.

8-Alasan peribadi kita adalah yang terbaik

    Walau seindah mana sekalipun alasan orang lain supaya kita bermotivasi, namun alasan kita sendiri
adalah yang terbaik. Orang lain membuat alasan tanpa benar-benar memahami diri kita. Kitalah
yang paling layak untuk memotivasikan diri sendiri, lebih-lebih lagi ketika melalui saat-saat sukar
dan genting.

9-Ramai orang sudah berjaya melakukannya

    Kata-kata ini adalah untuk membuang rasa takut dan bimbang dalam tugasan harian. Membuat
pembentangan projek bernilai RM30 juta bukanlah senang untuk eksekutif setahun jagung, tetapi
bukankah sudah ramai yang telah berjaya melakukanya? Jika mereka boleh mengapa tidak kita?

10-Jangan takut melakukan kesilapan

     Lakukan sesuatu untuk sentiasa mara ke hadapan. Bahkan Islam juga menyuruh manusia
meningkatkan hidup mereka. Namun demikian tugas sebagai khalifah di muka bumi jauh lebih tinggi
daripada itu. Oleh sebab itu, jangan takut untuk melakukan kesilapan kerana ia proses biasa untuk
meningkatkan keupayaan hidup. Tidak salah untuk melakukan kesilapan, tetapi adalah salah apabila
tidak belajar daripada kesilapan. Jangan ulangi kesilapan sama tetapi renunglah kesilapan tersebut
dengan hati yang bijaksana.

11-Jangan kedekut untuk membantu orang lain

     Bantulah rakan kita yang tidak mempunyai keyakinan diri. Ini secara tidak langsung akan membantu
diri kita memperteguh keyakinan dan semangat kerja.
   

Sunday, 14 December 2014

Doaku untukmu





Ahmad dan  Ali adalah dua orang sahabat karib dan mereka
tinggal berjiran. Kedua-dua mereka hidup dalam kesempitan dan kemiskinan.
Setelah seharian berusaha,masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman
mereka berdua. Merka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja 
untuk solat dan berdoa.
   "Apa doamu pada hari ini?"tanya Ahmad kepada sahabatnya.
    "Aku pinta semoga esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini 
perbelanjaanku lebih daripada biasa," jawab Ali.
   "Doa kau? Ali pula bertanya. Ahmad cuma senyum tanpa berkata apa-apa.
Keesokan hari, Ali memberitahu Ahmad berita gembira.
    "Alhamdulillah doa aku semalam dimakbulkan oleh Allah. Majikan ku beri
bonus pada hari ini."
     "Alhamdulillah...hari ini kau akan berdoa apa pula?"tanya Ahmad.
     "Aku berdoa semoga isteriku selamat bersalin,"jawab Ali.
Mereka berdua pun masuk ke masjid , mengerjakan solat dan masing-
masing berdoa. Sejurus usai berdoa, Ali bertanya, "kau pula berdoa
untuk apa hari ini?" Ahmad senyum masih tiada jawapan.
Beberapa hari kemudian Ali memberitahu berita gembira.
     "Syukur isteriku selamat bersalin malam td. Nampaknya doaku makbul Mad."
      "Tahniah Ali." "Aku berdoa juga agar anakku selamat,"kata Ahmad dengan wajah muram.
      "Kenapa dengan anak kau?" "Anakku yang bongsu sakit Ali" keadaannya amat
membimbangkan. "Inya-Allah kau doalah kuat-kuat sikit.minta anakmu selamat,"
kata Ali.
Beberapa hari kemudia,mereka berbual seusai solat seperti kebiasaanya.
        "Bagaimana dengan anak kau?" Tamya Ali.
        "Macam itu juga. Sudah beberapa hari tapi keadaanya cuma bertambah baik
sedikit sahaja."
        "Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir 
setiap hari yang aku doakan mustajab. Tapi kau..." Kata Ali.
         "Kenapa dengan aku?" Tanya Ahmad.
         "Mad, aku lihat doamu tidak mustajab." Ahmad tersenyum.
Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi,"Aku hairan,
doa kau tidak makbul tapi kau masih boleh senyum?"
         "Sebenarnya doaku banyak dmakbulkan Allah. Syukur Alhamdulillah.
kata Ahmad.
         "Doa yang mana? sebab aku tengok tidak ada apa-apa perubahan pada kau.?
kata Ali.
         "Doaku dari dulu hanya untuk kau sahabatku Setiap hariaku berdoa agar Allah
makbulkan setiap apa yang kau doakan kepada-Nya!"



Pengajaran daripada cerita diatas:

Doa kita untuk sahabat, saudara mara dan orang lain sangat tinggi nilainya
di sisi Allah. Apatah lagi jika kita berdoa tanpa pengetahuan orang yang kita doakan.
Itulah keikhlasan,sayangnya,ia jarang di buat oleh kita. Manusia selalu mementingkan 
diri,sekalipun dalam doanya kepada Allah. Semoga kita semua bukan tergolong
dikalangan orang-orang seperti itu.


Thursday, 11 December 2014

REZEKI UNTUK SEMUA

                     


                             


Muslim digalak kumpul harta ikut ketetapan syarak, ikhlas bantu golongan memerlukan
ISLAM tidak mengetepikan persoalan mengumpul harta kerana ia adalah sumber kehidupan. Justeru, ada manusia tidak berhenti memikirkan apa yang bakal mereka peroleh hari ini, esok dan waktu mendatang.
Kehendak ini pasti tidak dapat dielakkan kerana ia termasuk daripada sifat semula jadi manusia yang cinta dan sayangkan harta. Jika tidak, masakan Allah berfirman yang bermaksud: “Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia.” (Surah al-Kahfi, ayat 46)
Melihat kepentingan pemilikan harta, Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian selepas selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah.” (Surah al-Jumuah, ayat 10).
Harta dalam konteks Islam bukan sekadar dalam bentuk wang, malah anak, isteri, binatang ternakan, hasil tanaman termasuk kategori harta. Dalam usaha mengumpul harta, Allah menyeru supaya memperolehnya daripada sumber halal, tidak mengabaikan tuntutan-Nya serta menjaga batas akhlak.
Hal ini boleh dirangkumkan melalui firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman, jangan kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya) dan ingatlah sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun, ayat 9).
“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.” (Surah al-Nur : 37).
“Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah), katakanlah (wahai Muhammad), pahala (balasan) yang ada di sisi Allah lebih baik daripada hiburan dan barang dagangan itu, dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki” (Surah al-Jumuah : 11).
Islam melarang perbuatan mengumpul harta untuk kepentingan peribadi dengan mengabaikan keperluan kepada insan yang memerlukan. Dalam merealisasikan hal ini, wujud hukum zakat, sedekah, wakaf, hadiah dan hibah untuk tujuan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Dalam aspek pengajaran Islam, setiap larangan itu ada hikmahnya dan setiap tegahan pasti ada suruhan bagi memperoleh manfaat yang baik.
Justeru, Islam menyanjung tinggi usaha seseorang hamba mencari rezeki hasil titik peluhnya sendiri. Sunnah nabi membenarkan hal ini seperti dilakukan Nabi Daud dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang mencari rezeki hasil usaha tangannya sendiri.
Amalan mulia ini dinilai oleh Allah SWT sebagai jihad fi sabilillah. Riwayat daripada Kaab Umrah, beliau berkata, Nabi Muhammad SAW lalu di hadapan seorang lelaki dan sahabat melihat lelaki itu bekerja dengan keadaan gagah dan cergas. Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah lelaki itu dinilai sebagai jihad di jalan Allah?”
Sabda Rasulullah SAW: “Jika dia keluar mencari rezeki untuk anak yang kecil, maka dia berada di jalan Allah. Jika dia keluar mencari rezeki untuk kedua ibu bapanya yang tua, maka dia berada di jalan Allah. Jika dia keluar mencari rezeki untuk dirinya sendiri, maka dia berada di jalan Allah, dan jika dia keluar mencari rezeki dengan perasaan riak dan membangga diri, sesungguhnya dia berada di jalan syaitan” (Riwayat al-Tabrani).”
Untuk memastikan pencarian rezeki itu mendatangkan pahala, Sayyid Sabiq dalam bukunya Unsur Kekuatan Dalam Islam meletakkan dua syarat:
  • Tidak lalai daripada melaksanakan hak Allah dan berpegang kepada nilai akhlak salih yang dianjurkan Islam. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam tiga ayat yang dinyatakan sebelum ini iaitu ayat 9 Surah al-Munafiqun, ayat 37 Surah al-Nur dan ayat 11 Surah al-Jumuah.
  • Sumber rezeki itu bertepatan dengan syarak dan tidak memudaratkan orang lain serta tidak melanggar undang-undang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Dengan sebab itu, amalan seperti riba, monopoli harta, hasil rezeki yang merosakkan akal, menipu dalam timbangan, merompak atau mencuri serta ragut dan memakan harta secara batil adalah sama sekali dilarang dan diharamkan.
Dalam memenuhi tanggungjawab sosial berhubung dengan pemilikan harta ini, Islam menggariskan beberapa tatacara dalam memastikan pengumpul harta menyalurkan harta yang dimilikinya kepada golongan memerlukan.
Ini termasuk melalui zakat, sedekah, wakaf, hibah, hadiah, derma atau segala yang berkaitan dengannya. Sesungguhnya segala sumbangan ini adalah manifestasi daripada suruhan Allah seperti yang wujud dalam wahyu-Nya.

Tuesday, 9 December 2014

Mungkin Dia Lebih Baik Daripada Kita


FIKIRKAN...untuk renungan bersama....

Apabila melihat orang lebih tua....

Mungkin bakti dan pahalanya lebih banyak daripada kita. 
"sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang umurnya."
(Riwayat al-Turmizi)

Apabila melihat orang lebih muda....

Mungkin maksiat dan dosanya lebih sedikit daripada kita.

Apabila melihat kanak-kanak....

Mereka masih suci daripada dosa dan maksiat. Rasulullah suka menyapa 
dan bergurau dengan kanak-kanak.

Apabila melihat orang lebih miskin....

Mereka lebih berpeluang besar ke syurga.
"Aku berdiri di pintu syurga lalu aku dapati kebanyakan yang memasukinya
ialah orang miskin."(Riwayat Muslim)

Apabila melihat orang lebih kaya....

Mungkin mereka lebih banyak membela agama dan membantu manusia
daripada kita. "tidak boleh dengki melainkan terhadap dua orang;orang
yang dikurniai Allah harta lalu dia habiskan demi kebenaran."
(Riwayat al-Bukhari)

Apabila melihat ibu tunggal....

Mereka lebih dekat dari Rasulullah berbanding kita. "Aku dan penanggung anak
yatim seperti ini. (Nabi mengisyaratkan dua jari baginda)"(Riwayat al-Bukhari)

Apabila melihat orang jahat....

Mungkin ada suatu amal baiknya yang menyebabkan Allah reda lalu 
mengampuninya.

Apabila melihat orang kafir....

Mungkin suatu masa nanti dia menjadi Muslim lalu lebih baik Islamnya
daripada kita


               

Monday, 8 December 2014

TERIMA KASIH CIKGU


Khas untuk yang bergelar guru...



Peluh di dahi tak dihiraukan,
penat di badan tak dikisahkan,
berjalan berlari sudah sebati,
demi masa yg sangat bererti.

Jerit suara didik bersungguh
ilmu disampai sepenuh hati.
Agar indah akhlak dan budi,
bukan sekadar mencapai cita
pada ayah dan ibu yang banyak berjasa.

Bagi dirinya,
cukuplah diingati dalam doa
cukuplah disayangi bukan dibenci
cukuplah dengan ucapan indah
"TERIMA KASIH CIKGU"
Itulah pengorbanan suci lagi mulia
Insan hebat bernama GURU.






Sunday, 7 December 2014

My lovely friend





kenangan kami di sem 1

kami sahabat selamanya..

with umai yg comel



with azimah ajali

with tasnim n azimah

                                         
kami di library..with kak feeza n aida..

Gambar di post utk suke-suke..harap maklum..



SAHABAT SELAMANYA....


"Sahabat bukan mereka yang menghampiri ketika kita dalam kesusahan,tetapi mereka yang tetap bersama kita ketika seluruh dunia menjauh"

"Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri"

"Dalam persahabatan jangan biarkan ego menjauhkan dua hati yang saling menyayangi..jangan kehilangan sahabat hanya kerana menolak komunikasi"

"Sahabat adalah seseorang yang selalu ada disampingmu yang sabar mendengarkan keluh kesahmu dan bersedia menemanimu menjalani hidup"

"Sahabat adalah mereka yang tetap ada,walaupu seluruh dunia berkata kau tak lagi berharga"








Friday, 5 December 2014

My Profil








Nama~Irliana Binti Isa (lin)
Tarikh lahir~25 Ogos 1990
Umor~24 tahun
Alamat~No 12 Jalan Kampung Lama
82200 Benut Pontian Johor Darul
Taazim..:)
Tempat bekerja~Sek Agama Taman Dahlia Johor Bahru
Ayah~Isa bin Mohd
Ibu~Legiah Binti Rugani
Adik-beradik~Izhan Bin Isa
                    ~Idawati Binti Isa
                    ~Irnizam Bin Isa
                    ~Irliana Binti Isa
                    ~Ismail Bin Isa
                    ~Izliniza Binti Isa
irlianaisa@gmail.com

USAHA DOA TAWAKAL


                                                     MUTIARA KATA